Salam
Diam tak diam dah minggu terakhir dalam bulan Mei tahun ni, cepatnya masa berlalukan....hmmm nak dekat setengah tahun dah, apa yg aku dah capai resolusi tahun ni? ntahlah aku pun tak tau, yang pasti awal bulan Jun aku gi exam N41...semalam baru beli buku occayy!! Camne nak baca buku niiii...ngan bz menjahit, memanik, buat accessories lagik orang tempah...alhamdulilllah syukur masih ada rezeki datang.
Ok sekarang nak cite pasal dak boboo ni haaaaaaa yang tak reti2 duk diam kalo kat umah tuuu...korang tau tak abis sumer benda dia nak selongkar, bayangkan kuih karipap/epok2 letak atas meja makan dia boleh manjat kat meja tu pastu jatuhkan karipap ke lantai dan mainnnn. Grrrrrrrrrrrrrrrr jer aku ngan boboo ni tauuuu nasib baik sayang kalo takk lama dah aku humban ke tanah!! kekekekkeke
Haaaaaaaaa sedang2 aku memanik kat umah kan kan kan sekali aku tengok paper bag aku nak letak baju2 orang ranap yerrrr! Cerrrrr korang tengok sendiri sabo jelahhhh!!
5/25/2012
Posted by hmylieen at 10:44 AM 0 comments
5/09/2012
Kucing gemuk 18kg meninggal! ouchh...sedih....
Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan
mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana
terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan
kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu
dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan
Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87
tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu
disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu
kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada
dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah
pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray
serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi
menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi
dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI
Posted by hmylieen at 10:45 AM 0 comments
5/08/2012
Pulut mangga
Kalo nak buat pulut mangga ni ulos kena carik mangga yang manis2 lagi sodap, lak tu santan korang bubuh masin2 skit mmg tak hengat orang belakang ler kalo lalu pun hehehehhehe
So sape lagi yang mengidam tu silalah buat sendiri yer aku mmg tak berapa nak rajin tanak2 pulut ni tak reti weiii takut pulut tak masak hehehehehhe.....apapun i really enjoy the food!! yummyyyyy
Posted by hmylieen at 5:27 PM 2 comments
5/03/2012
Lunch box!!
Harini aku bawak bekal yerrr...wahhh rajin sungguh kan bukannya apa sebab aku dah boring apa nak makan so kenalah aku siapkan lunch box kan. Kat cafe aku tu walaupun ala2 hotel yang masak tapiiii lahaiii kecewa sungguh rasanya, makan kat warong tepi jalan lagi besst!!Pagi makan mihun goreng...so sandwich, salad & buah utk makan time lunch ler pulak...dah memang kata lunch box kan.
Kelam kabut pagi tadi siapkan bekal yer ahkak ni...mana tak sibuk nak letak makanan boboo lagik, air minum boboo kena tukar lagik haishhhh..sambil2 tu aku rebuslah telur utk dibuat sandwich. Tapi dengan bawak bekal yang bersih, menu sihat, tentunya halal adalah sangat best dannnnnnnn yang paling penting adalah amat menjimatkan hehehehhehe...
Posted by hmylieen at 4:39 PM 0 comments
5/02/2012
Fesyen baju raya 2012
Wahhhhhhhhh tajuk tak hengat kan alih2 teringat nak fesyen baju raya tahun ni, puasa pun belum derrrrrrrr!! hehehehhehehe....ntahlah aku pun tak sure tempah ke apa ker tapi beli lagi senang nasib baik ada size aku untuk beli kat kedai so takdelah susah sgt, just kengkadang tu part lengan tu kenalah potong skit coz selalunya aku beli akan labuh satu inci gitu aaaaa....
Aku suka gak tgk2 fesyen baju apa yg patut utk dibuat baju raya tahun ni ekkk? cuba carik kelainan kot bolelah hehehehehhe...baju kurung mcm bosan jerrr, gi keja baju kurung, gi wedding baju kurung...nak pakai kebaya rasa ketat lah pulak kan hehehehehe...baju kurung moden pun ok tak pun jubah moden kan (bukan jubah mak mak occay).
Nanti aku nak carik jubah modern yang agak2 IN trendnya utk raya tahun ni...kenalah kurus dulu ekkkk tak gitu?hahhahahahha
Yang ni pun lagi lawoooooooooo nampak modern look, hmmm bab nak carik tailor buat baju tu yang payah tu kengkadang tak kena ngan apa yang kita nak, takpun charge malah pulakkkk....
Inii sangat sukerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr coz sangat stylo!!! Menarik tertarik....CT pakai memang cun aaaaaa.....hehehheehhe. Aku rasa aku cuci mata jelahhhh dan korang pun sama tengok jelah...superb!!!
Posted by hmylieen at 10:10 AM 0 comments
Kursus Di Melaka
Hallosssssss
Lamanya ahkak tak bersiaran di blog sendiri yer!! haaaaaa bz sgt ker ahkak ni hahahaah tapi mmg bz pun tetiap weekend takde kat umah lepas pegi berjalan-jalan ada kursus fulakkkk...last weekend aku ada kursus kat Melaka, perghhh tgk tajuk pun semangat membara nak pegi gitu Bengkel Diari Seorang Setiausaha...wallahhhh.
Makanya aku pegi ngan member yang ada anak pinak sekali ker Melaka tu, bila masuk hotel tu rasa mcm scary occayyyy...tawakal jelah coz aku pun dah biasa dah duk sorang2 kan hehehhehe...yang tensionnyaaaaaaaa aku dpt org yg sebilik ngan aku ni tak berapa nak ngam pulakkkkkk arghhh redha jelah nyahhh!!
Hmmm sepanjang 3 hari 2 malam berkursus tu memang ler pack uolssss...takde masa nak berjalan sumer tapi takpelah aritupun aku dah pegi bercuti cutian ngan my BFF so takdelah nak kecewa sgt tak merayap gitu. Kaedahnya lps abis kelas duk bilik jelah haku niiii....bnyklah jugak ilmu yg dipelajari dari consultant yang beri ceramah tu, tapi ngantuk gak tersengguk sengguk dlm kelas hehehhehehe...aku rasa kursus ni lebih kepada imej kot....
Posted by hmylieen at 9:52 AM 0 comments