CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

3/20/2012

Mari memasak ~ Kek Coklat Tanpa Butter

Ni selepas di bakar

Dgn ganache + badam

Lalalallala, hati riang gumbira bila kek aku jadi!


Ini entry mood memasak pulak ekkk...korang aku kan memang suker mencuba sesuatu resepi yang tak penah buat pun...ini kira first time ler aku buat kek ni aku tengok resepi dlm goggle dan jumpa dalam myresepi so apa lagi buat jelah setelah bahan2 di beli di kedai bakery di Bangi.

Korang nak resepi tak?? Nah cubalah tentu tak kecewa punyaaaa...

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
* resepi diambil dari myresepi, TQ

0 comments: