12/31/2011
31.12.2011
Posted by hmylieen at 10:10 PM 0 comments
12/29/2011
Boboo owhhhhh boboo!!
Dak boboo ni kuat mencakar orang yer abis calor balar aku ni haaaa tak tahan uols! smpikan aku siap potong kuku dia arghhhhh sabor jelah, cite pasal budak boboo ni memang tak abis tapi hari2 ada jer pose dia yg pelik2...kengkadangkan aku ketawa sendiri tengok. Makin hari makin besar dak boboo ni haishhhh sesekali nanti nak bawak dia gi jenjalan lerrr sian tak dpt tgk luar unless dia duk kat balcony tu jerrrr...
Ok next time aku sambung cite boboo kesayangan ni ek!! chowwwwwww
Posted by hmylieen at 12:22 PM 0 comments
Mengemasssss!!
Lama giler tak tgk blog...adoi pesal ler aku ni malas bebeno niiii arghhhhh...ok nak cite pasal mengemas ler ni, adalah dlm 2,3 minggu yg lepas aku duk kat umah time weekend pulak tu hujan kat luar mencurah2 so aku nak tido pun takleh, dengan jayanya aku tengah mengemas meja solek di dalam bilik yg penuh sarat barat mcm tongkang karam. Memang sgt penuh aku pun tak taulah apa yg aku letak atas meja solek tu bukan setakat make up jer weiiiiii....
Dengan tahap rajin yg melampau gitu, mulalah aku menyusun dengan sempurnanya makeup2, skincare2 yang ada...walaupun bukan perabot yang mahal ala2 empire gitukan tapi aku tetap sukerrr coz meja solek ni sebenornya adalah console table jer pastu digabungkan dengan cermin yg besar itu jadilah dia camtu hehhehehehe
Haaaaaaaa nak korang tengoklah dah cantik kannnnn kannn kannnn??hehehehhehe
p/s buat masa skrg ni dah serabot balik ler weiiii adoiii!!
Posted by hmylieen at 12:05 PM 0 comments
11/01/2011
1.11.11
Wahhhhhh cantiknyaaa nombor ni 1.11.11, tarikh hari ni...tapi tulah katanya kalo kahwin tarikh ni 'panas' hmmm ntah betul ke tidak ke panas rahim?? kekekekke teringat ngan kawan serumah dulu si Nik Salwana budak kelantan sokmo suker ckp panas rahim dia kalo dia sakit perut adoiii kami gelak-gelak jer...
Pasal no. 1.11.11 tu alahhhhh just nombor jer dalam hidup hanya sekali jer akan jumpa ngan nombor ni kot...bukan apa pun kan apapun aku sukalah ngan nombor ni.
Semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu! aminnnnnnnn
Posted by hmylieen at 4:38 PM 0 comments
Tinggal kenangan abadi.....
Tanggal 28 Oktober 2011 (Jumaat), officemate aka EO kat office aku yg baik gak ngan geng2 aku, Puan Zailila Adnan telah meninggal dunia jam 11.30 malam. Perasaan aku masa M call aku mengatakan berita ini mlm tu owhhhh terkejut dan aku berjujuran airmata...aku siap2 call Shuena pastu dia dtg amik aku terus ke rumah arwah. Sedihhh yang amat sangat tak terkata bila memandang wajah mulusnya...alhamdulillah buat terakhir kalinya aku dpt menghantar dia hingga ke pusara di Kuala Kangsar.
Sungguh tak sangka dan menduga tapi Allah swt lebih sayangkan dia dengan kesakitan yang dialaminya. Banyak kenangan yg dimemorikan bersama arwah coz aku salu gak gi keluar ngan arwah lunch time, selalu bagi suggestion kat dia pasal bag2, kasut2...siap beli ngan Nekrock lagi tuuuu...Puan Zai I am gonna miss u, maafkan segala kesalahan saya secara tidak sengaja ataupun tidak.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin.....
Posted by hmylieen at 3:36 PM 1 comments
10/28/2011
About life!
May your life be full of happiness, peace, self-esteem and free of worry stress!
Everyone says, "How the time flies." The days go by and they are years, and the years finally become our whole life. Each daily portion can be wasted, or it can be a pleasure, before it is gone forever. If a bedtime review of the day concludes that we were too stressed, too busy, didn't accomplish anything, didn't have any fun, then it has been another lost piece of precious life.
Perhaps we are putting off our enjoyment until we have more time, or money, or some other improved condition. The trouble with that is that it might never happen, or it may be too long in coming. It's so important to accept this time, this very minute, as something of tremendous value that will very soon be gone forever. There are many ways to ensure that we make the best of our time here on earth.
In our daily routine let's include time to enjoy others and thus ourselves. Look and wonder at the trees, fields and mountains, smell the flowers, hear the birds, and watch the clouds in the sky.
"This world, after all our science and sciences, is still a miracle; wonderful, magical and more, to whosoever will think of it." - Thomas Carlyle (1795-1881)
Face your problems bravely, confidently, and improve on your situation, no matter what state it be in. Be good to feel good. Be active and improve your mind. Laugh, relax, and sleep well.
Life is mostly froth and bubble;
Two things stand like stone:
Kindness in another's trouble,
Courage in our own. - Adam Gordon (1833-1870)
Posted by hmylieen at 5:36 PM 0 comments
10/24/2011
Masak-masak hujung minggu!
Cara2:-
2 keping tempe potong nipis2 size kecik dan goreng rangup
Ikan bilis dua genggam dan goreng rangup
Sedikit minyak
Pes lada
Air asam jawa
Gula
Garam
Kicap (kalo nak bubuh dan bagi hitam) hehehehe
Masak lada dulu hingga naik bau dan letak gula, garam, air asam...agak2 dah pekat gitu letak ler tempe & ikan bilis, dah sebati gaulannya angkat hidang dan ngap...mudahkan???selamat mencuba yaaaa!
Posted by hmylieen at 2:28 PM 0 comments
Lama gilerrrrrrrrrrr!!
Wowwwww!! itu jer yang mampu aku kata...lama gilerrr sehh tak update blog hahahaha dak dekat 3 bulan tuuuu...mmg lama coz aku malas sejak dua menjak ada facebook ni, situ terus update takyah nak mikir2 apa aku nak karang dan type kan hehehhehehe....alhamdulillah aku masih bernyawa lagi tapi tulah sangat malas bukan masa ini entahlah kenapa agaknya sumer perkara aku malas nak buat haishhhhhhhhhhh...ya Allah tolong lah hamba mu ini berilah hidayah supaya aku menjadi orang yg rajin, tekun dan segalanya ceh ceh ceh...so aku rasa aku harus tulis balik kan utk mengisi masa lapang di opis gitu kekekeke, i m back for good! hoyehhhhhh.....
Posted by hmylieen at 2:04 PM 1 comments
8/01/2011
1 Ramadhan 1432H ~ 1 Ogos 2011
Salam
RAMADAN datang lagi. Umat Islam di negara kita mula mengerjakan kewajipan ketiga dalam Rukun Islam bermula hari ini. Semestinya setiap individu sudah mempunyai perancangan tersendiri bagi meraikan kedatangan bulan yang penuh berkat ini.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga amalan kita dibulan yang mulia ini diberkati Allah swt. aminnn.......
*pastinya aku akan kesedihan bila berbuka puasa nanti* takperrr...boboo ada!!hahahahha
Posted by hmylieen at 9:48 AM 1 comments
7/13/2011
Red Devil!!
Aku suker sumer kasut2 merah aku tu...kalo tak apsal aku belikan hmmmmmm...yang merah itu saga nyahhh!! lets viewing...
Posted by hmylieen at 3:46 PM 4 comments
6/30/2011
Imagination VS Art
Hi
Imagination & art?? wahhh sape yg kuat berimaginasi beginilah jadinya...org2 yang pandai lukis ni mmg dia takyah tiru mana-mana pun tentu leh lukis jer...aku mmg tabik ngan sorang kawan aku ni mental imaginary dia memangggggg super duper dahsyat heheheheh Dr. AD, dia bukan jer pandai lukis, main music, dah dpt title Dr lak tu bahkan pandai masak koranggg...nilah hasilnya bila dia agak2 boring kot dia lukis gambo aku dan kengkawan sekolah. memory betul...hahahhaha gelak guling2 aku bila dia post kat FB...paling best gambo aku cabut rumput occayyyy!!ahakssss mmg terkenal dulu2 kalo duk kat padang sekolah aku suker cabut rumput...hmmmm!
Happy viewing!!
Posted by hmylieen at 10:12 AM 1 comments
6/08/2011
Sweetie Cheese
Penjualnya adalah mr. curly dan pastinya korang takkan rasa rugi berurusan niaga dengan ini olang. Silalah cari dan order dengan beliau yerr, ahkak tau jual coz ahkak order ajerrrrr...hehehehehe
Posted by hmylieen at 4:42 PM 1 comments
Hari Jualan
Lama doe tak update hehehehehe...ni sebab ahkak bosan kat opis ni, memikir apa nak buat so update ler blog yg bersawang ni. hmmmm akhir bulan lepas opis aku ada buat hari jualan yg dianjurkan oleh puspanita opis lahh, aku pun apa lagi mencarik peluang utk join bukak kedai gak. Apa salahnya saje jekan lagipun meja free maaaa...aku jual maruku dan aksesori wanita gitu. Biasalah rakan2 ramai gak yg berjualan kat situ walaupun crowd takdelah sehebat mana tapi happy gak tau coz jualan maruku abissss..hehehehhehe. Aksesori biasalah tapi adalah yang dijual kan especially brooch jurai-jurai yang terkini tuuu...seronok lah kami meniaga mmg time rehat hari jemaat cuma kaum2 wanita jelah yang adakan, takdelah mcm kat tempat open tu apa2pun alhamdulillah dgn jualan hari tu...
Posted by hmylieen at 4:32 PM 0 comments
5/30/2011
Trylah menu diet!!
Selamat berdiet, jagalah kesihatan anda!!
Posted by hmylieen at 4:38 PM 0 comments
5/14/2011
Family day @ Terengganu
Posted by hmylieen at 8:25 PM 0 comments
4/04/2011
Si purple~~
Posted by hmylieen at 11:17 PM 0 comments
Terbeli lak!!
Posted by hmylieen at 10:48 PM 0 comments
3/30/2011
Poco-poco HARAM!!!
Bior betikkk???poco-poco haram???hmmmm camne ni aku salu buat utk senaman jer bukan apa pun...tapi tulah fatwa dari negeri Perak kata haram..so aku agak kat negeri lain masih boleh kot kekekekekeke...ntahlah susah nk ckp tapi kalo menari poco-poco ni mmg keluar peluhlah aku cakap kooo seriusssssssss...apapun tggu jelah kata para ulama yg lain...sila baca berita di bawah!!
IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Posted by hmylieen at 9:38 AM 1 comments
3/03/2011
The House ~ after...yeahhhh!!!
Posted by hmylieen at 10:43 PM 2 comments
The House ~ before
Posted by hmylieen at 10:33 PM 0 comments