Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan
mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana
terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan
kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu
dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan
Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87
tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu
disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu
kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada
dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah
pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray
serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi
menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi
dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI
5/09/2012
Kucing gemuk 18kg meninggal! ouchh...sedih....
Posted by hmylieen at 10:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment