CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

6/30/2009

Happy Birthday Mak!!

My mum dgn cucu-cucunya

Cake by SR

Nasi goreng yang I goreng hehehh

Mihun goreng


Karipap sardin


Happy Birthday Mak...we luv u Mak!!!semoga Mak panjang umur, sihat sentiasa & murah rezeki....ni time celebrate birthday mak I kat JB aritu...kebetulan plak 27 June hari Sabtu so senanglah buat makanan yang simple2 jer & beli cake....so we alls makan smpi lebam malam tu occay!!lebih2 lagik anak-anak sedara tu seronok tgk dorang makan ehhehehheh

Pesta Durian!!!

Macam-macam jenis buah durian ada rupanya

Mmmmmmm sedapnya!!

Orang ramai kat belakang tu

Cempedak pun ada

Rambutan & Manggis


Lamanya tak update blog....sekarang ni memang musim durian mana2 pegi pun merata ada orang jual durian uolssss!!!durian kampung ler yang paling best daripada durian D24 tu...hehehehheh..ini time balik JB aritu ada Pesta Durian kat satu supermarket yang berdekatan dengan rumah I so bila dah ada kat situ I pun mengambil kesempatan utk memeriahkan tempat ittew just amik gambo jer...lagipun time tu pagi2 lagik so taklah ramai orang berpesta durian......ramai Singaporean yang duk borong durian makan kat situ gakkkk!!!huhuhuhuhu

6/23/2009

Kelebihan Bulan Rejab




KELEBIHAN BULAN REJAB


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.


Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

6/17/2009

Free Movies...anyone??


Uolssssssss jom tengok movie free??tapi bagi yang berada di Klang Valley jelah hehehheheh macam2 cite ada tu marathon ler tengok lepas satu abis tgk satu lagi movie sampai lebam duk kat panggung wayang tu hahahahhah....sesapa yang rasa-rasa nak tengok cite2 free dan nak rasa berebut2 dpt tiket tu silalah pegi ek kat Tropicana City, Damansara....I tak mungkin kot coz ada dah DVD yang akak beli 3 for RM10 hehehheheh...ehhhhh macam jurucakap @ jurukepoh GSC fulakkkk akak niiiiiiii...hehehhehehe

Perfumeholics

This is so sweet...Miracle by Lancome

Gucci Rush by Gucci

Ocean Lounge by Escada

Ralph Lauren

Compact Powder by Lancome

Hair Combs & file by Anna

Ni entry yang dah lama nak letak sini tapi bz sgt rasanya nak upload pics2 ni....so arini baru I berkesempatan mengupdate blog...ni perfumes & makeup bagai ni beli masa perfume warehouse sale kat Shah Alam dalam last month kot so ni jelah yang terembat oleh akak...hehehehhe banyak gak kan bilalah nak abis yang last year punya perfume pun tak abis lagi hehehhehe....tapi klu dah giler perfumes ni memang takleh buat apa tau jer ada warehouse sale tentu nak pegi & jadi kiasu eventho time tu poket agak kering gak....huhuhuhuhuhu tapiiiiii nak dibandingkan beli kat kaunter baiklah beli kat sale gudang ni memang berbaloi tau!!! Haaaaaaa hair combs pun kena pakai Anna Sui hehehehheh i loikeeee....semalam tgk kat Parkson Escada tu rasanya rega dia RM275 kot tapi yang I rembat ni rasanya RM109 jerrrrr murahkan???hehehhehe

6/09/2009

Thai Silk for raya

My thai silk

Purple

Apple green

Ni thai silk untuk buat baju raya tahun ni tapikannnnnnn tak surelah sempat ker tak jadi baju coz rasa mcm tailor dah taknak amik jer kan....huhuhuhuhuhu klu mcm gitu terpaksalah buat lepas raya..cadangnya nak pi tempah kat tailor kampung halaman tapi tak taulah...kain ni I beli kat Ampang Point ada satu kedai yang jual variety colors of thai silk then SA tu siap pandai matchingkan lagik utk kainnya tu so utk tidak membazirkan duit ahkak ni belilah 4 meter utk buat baju dan 2 meter ajer utk kain so bole pakai dua baju + satu kain....hehehhee jimat beb memandangkan rega thai silk ni pun bole ler tahan kan huhuhuhu....nanti dah siap lehlah tepek kat sini yerrrrrrrrr.....

6/08/2009

Jalan-Jalan @ Muzium Negara

Pintu gerbang wajib occay!!

KTM ijo

KTM black color

Ni cantikkk rodanya

Kandar

I luv this!

Hazirah

Rumah melayu dulu kala

Gobok2 zaman dulu

Batu2 nesan

Ni agenda pegi Muzium Negara @ KL...first time uols i jejak kaki kat museum ni kekekekkeke selalu lalu jelah kalo nak ke KL kan mmm tapi ni sebab nak bawak anak2 sedara ni jalan-jalan kat sini so singgah jap kat museum ni tak masuk dalam pun malas just tengok2 yang kat luar jer lagipun my mum tak larat nak berjalan so weouls rileks-rileks jer tengok rombongan2 cik kiah lalu lalang masuk ker museum tu...ramai gak tourist yg dtg ker sini mostly from Arab tu...maybe one of the agenda mereka datang ke sini tu selain dari shopping....huhuhuhu

6/03/2009

Cite last week!!!!

Gerai cousin ku

Steamboat

My cousins, my mum

Abg Johari, my cousin & his daughter

Di Hospital Muar

Hiii uolssssssss....lamanya tak bersiaran heheheh last week minggu yang memang memenatkan ada terima berita sedih, gembira, suka, duka macam2lahh...pada petang hari Khamis, 28 Mei 2009 my aunty telah dijemput Illahi buat selama-lamanya atas serangan jantung di Hospital Muar, Johor. Nasib sempat gak I melihat beliau yang sedang tenat dlm CCU walaupun buat beberapa minit sahaja sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir disitu...inilah cerita sedih...kelam kabut dari office tu balik ke Muar drive mcm F1 ler kan...alhamdulillah selamat sampai..pastu petang tu tak balik ke JB coz tunggu dikebumikan pada esoknya barulah balik...semoga Rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang yang beriman...Alfatihah....