CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

12/31/2008

31 December 2008





Date 31st December 2008 hari terakhir dalam calendar 2008, kat opis ramai yang bercuti menghabiskan cuti tahunan dan tak kurang jugak menyambung cuti2 yang sedia ada....wah kenapa ini tahun I tak bercuti di akhir2 tahun ni kan? Very d boring today kat office coz alih2 my boss muncul katanya cuti aduiiii banyak btul plan tergendala hehehhehe anyway ada jugaklah plan berjalan dengan jayanya kekekekk....time petang2 plak I kena plak duk kat DG's office lagilah boring yang amat menderita kan...nak buat camnekan dah arahan....banyak kisah suka,duka,riang, gembira yang berlaku dalam tahun 2008 ini dan 2009 akan muncul esok...wah begitu cepat masa berlalu and i m getting older!!!huhuhuhu....banyak wishlist yang tak tercapai ni weiiii macam gini kenalah bring forward ke next yearlah fulakk.....dan I berharap dan berdoa semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat oleh Allah s.w.t. Semoga 2009 yang bakal menjelma ini membawa kenangan terindah untuk diriku...........ceh jiwang siotttttttt...heheheh...

12/29/2008

Salam Maal Hijrah 1430

Menjana Ummah Gemilang

Salam Maal Hijrah 1430H untuk semua!!!!


KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Tahun Masehi 2008 menyaksikan umat Islam menyambut dua kali 1 Muharram untuk dua tahun hijriah 1429 dan 1430.Signifikannya diabadikan dengan Maal Hijrah di awal dan penghujung tahun Masehi ini di Malaysia disambut dengan tema yang sama -- "Menjana Ummah Gemilang"."Tema ini relevan untuk diulang, kerana pada setiap masa umat Islam seharusnya memegang hasrat untuk menuju ke arah kegemilangan dan kalau kita ambil semangat Al-Quran, kita harus buktikan bahawa kita benar-benar khairu ummah atau umat terbaik", kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mengenai rasional mengekalkan tema ini untuk sambutan Maal Hijrah 1430.Beliau menganggap bahawa menjadi umat yang terbaik akan memastikan umat Islam sebagai peneraju dan sentiasa mendahului dalam segala bidang.Dalam wawancara khas Bernama dengan Wan Mohamad sempena sambutan Maal Hijrah 1430, beliau menghuraikan mengenai program mengisi sambutan ini, isu berkaitan, dan cabaran yang dihadapi umat Islam Malaysia dalam proses penjanaan menjadi gemilang.PETUNJUK KEGEMILANGAN"Saya meletakkan petunjuk kegemilangan umat dalam konteks Malaysia dengan bersandarkan pencapaian dan penguasaan kita dalam sektor utama yang kritikal, terutama pendidikan", kata beliau.Katanya, Malaysia sudah berjaya membuktikan yang ia memberi peluang sama rata untuk semua dalam sektor pendidikan, sama ada dari segi gender, atau taraf sosio ekonomi.Mungkin negara lain berjaya, tetapi sukar untuk mencari, misalnya, golongan profesional wanita, dan sektor pendidikan dimonopoli golongan kelas menengah yang mendapat peluang pendidikan tinggi, katanya.Di Malaysia, Wan Mohamad meminjam statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menunjukkan peluang dan penglibatan hampir sama rata, gender dalam bidang profesional, bagi tahun 2007.Doktor gigi 41.8 peratus (lelaki), 58.2 peratus (wanita), peguam 54.1 peratus (lelaki), 45.9 peratus (wanita), akauntan 55.1 (lelaki) dan 44.9 peratus (wanita).Anak-anak desa daripada orang kampung biasa pula turut berpeluang untuk melonjakkan diri ke hadapan dalam bidang pendidikan, begitu juga apabila Malaysia menjadi tumpuan pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang dengan penambahan ketara bilangan mereka di pusat-pusat pengajian tinggi.Tetapi beliau mengingatkan bahawa di samping umat Islam bersyukur dan gembira dengan situasi yang ada, gemilangkah kedudukan mereka sebenarnya, jika mengikut penunjuk kaum, umat Islam ketinggalan dalam beberapa bidang ilmu yang perlu diterokai dan bidang ekonomi masih dimonopoli kaum tertentu.SISTEM PENDIDIKAN WAJAH NEGARA"Kegemilangan ini tidak bermakna kalau kita tidak punya sosial indeks yang memberangsangkan, kalau kita masih dilanda isu atau gejala sosial yang mendominasi umat Islam yang tidak pernah selesai, seperti penagihan dadah dan kini ancaman HIV dan Aids."Teras kegemilangan ummah mestilah didasari dengan penunjuk sosial dan akhlak yang tidak mudah runtuh dan rapuh. Kalau kita hendak kata kita umat yang gemilang, perlu ditunjukkan dalam bidang pendidikan dan ekonomi", katanya.Wan Mohamad berpendapat bahawa perubahan sosial akan berlaku bermula dengan sistem pendidikan, sebab sistem pendidikan yang memberi wajah negara atau generasi rakyat akan datang."Saya selalu ambil contoh Korea Selatan yang boleh menjadi kuasa automobil dunia dalam masa singkat menyaingi Jepun dan di dalam industri perkapalan, dalam masa 15 tahun Korea menjadi penerajunya."Rahsianya kerana antara lain 45 peratus pelajar di pusat pengajian tinggi di Korea adalah di bidang pelbagai cabang kejuruteraan. Yang ini saya baca daripada rekod ekonominya, setahun dua yang lalu, sekarang mungkin banyak lagi. Jadi ia bermula dengan sistem pendidikan", katanya.Wan Mohamad berkata di sinilah pentingnya pendidikan diutamakan dan penentuan mengenai apa sebenarnya bentuk umat Islam yang ingin diwujudkan.Maka sistem pendidikan perlu menjurus ke arah itu."Misalnya mungkin kita perlu lebih banyak UIA (Universiti Islam Antarabangsa), mungkin kita perlu banyak lagi maahad tahfiz sains di Malaysia. Dalam hal ini kumpulan penyelidik perlu membantu kerajaan dalam penggubalan dasar."Kami di Jakim sudah memulakan usaha, sumbangan kami dengan memperkenal program, persijilan tahfiz Al-Quran Jakim-UIAM yang dapat melahirkan hafiz dan hafizah daripada aliran sains", katanya.Pelajar ini mengikuti pengajian Al-Quran dalam setahun setengah sebelum menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang profesional di UIAM dan pengambilan setakat 150 untuk sesuatu tempoh tidak memadai, kerana itu Malaysia perlu ada lebih banyak UIA dan maahad tahfiz, tegas beliau.Beliau memberi contoh seorang anak didiknya, hafiz dari UIAM yang kini menjadi konsultan syariah di sebuah bank antarabangsa - cekap berbahasa Arab kerana ilmu Qurannya, menguasai bahasa Inggeris dan terlatih dalam bidang khusus di UIAM - individu Islam begini yang mahu dilahirkan lebih ramai lagi (generasi baru) di Malaysia."Dan saya tertarik dengan sistem pendidikan Al-Azhar (Mesir) yang ramai memandang rendah kerana tidak banyak yang mengkaji kejayaan sistemnya.Al-Azhar mewujudkan satu sistem pendidikan bermula dari pusat asuhan lagi, maahad sekolah rendah dan menengah sampai anak-anak didik mereka masuk Universiti Al-Azhar, bukannya dalam bidang usuludin dan syariah sahaja tapi semua kuliah dan ini juga yang dibuat (penyanyi) Cat Stevens (Yusuf Islam) yang menubuhkan pusat asuhan, sekolah rendah, menengah dan sekarang kolej", katanya.CONTOHI KEJAYAANWan Mohamad mengakui bahawa sebenarnya masyarakat Malaysia hendak melihat bukti kejayaan (sistem ini) dan untuk melihat bukti, ia memerlukan masa tetapi dalam menunggu, negara tidak boleh ketinggalan.Beliau memberi contoh pelajar Muhammad Ahmad Zahid, 13, yang menghafaz Quran pada usia 10 tahun, menjadi johan hafazan 15 juzuk pada 2007 dan mencipta kejayaan hingga ke Vienna, Austria dan Dubai, UAE."Tetapi itu (Muhammad) belajar di luar sistem (pendidikan formal). Kita hendak ia berlaku dalam sistem (pendidikan) itu sendiri kerana di luar sistem ialah untuk indvidu".(Muhammad tidak bersekolah kerajaan tetapi belajar sepenuhnya di beberapa sekolah agama swasta - Institut Al-Quran Kuala Lumpur Taman Tun Dr Ismail, Muassasah Darul Furqan Bangsar, Maahad Tahfiz Al-Azhariyyah Shah Alam dan Darul Hikmah, Ampang).Ketua Pengarah Jakim ini mengambil contoh maahad tahfiz Pulai Condong, (sekolah menengah agama/Arab tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan) yang mensyaratkan pelajarnya hafaz Quran di kelas peralihan selama setahun sebelum mengikuti pendidikan hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kemudian ke universiti dan ada yang mendapat biasiswa JPA dan sebagainya."Ini bukti sebenar yang kita boleh tonjolkan, dan pakar-pakar pendidikan di Kementerian Pelajaran yang terlibat dalam bidang dasar perlu melihat ini secara serius. Mereka tidak boleh biarkan badan dakwah dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) mewujudkan sistem pendidikan sendiri."Kita patut rasa malu kalau model yang dibangunkan oleh NGO ini terbukti berjaya. Ini yang perlu dikaji secara serius, menerima pakainya dengan mungkin sedikit modifikasi. Kementerian Pelajaran sudah berjaya misalnya memperkenal SMKA (sekolah menengah agama Islam )dan kita perlu pergi lebih daripada itu", katanya.KRITIKAN PERSATUAN ISLAMBagaimana pula dengan kecenderungan NGO dan persatuan yang menggelar diri mereka persatuan Islam dan memperjuang isu Islam, yang lebih suka mengkritik apa jua perkara yang dilakukan untuk umat Islam sendiri?Ini jawapan Wan Mohamad : "Dalam dunia kita ini ramai orang cerdik dan dia bebas memberi sebarang pandangan, tapi dalam kalagan ramai yang cerdik ini, sukar untuk mencari orang yang bijak."(bagi) Orang yang bijak, dia akan bersama menyumbang, sama ada (melalui) diri sendiri atau pun menegur, (dengan) teguran yang boleh menambah baik kerana dia mampu memberi penyelesaian atau alternatif yang lebih baik".Beliau memberi contoh kursus praperkahwinan yang dulu dipersoal kononnya tidak terbukti mengurangkan kadar perceraian dan kini ada pemimpin bukan Islam sendiri yang bercakap mengenai keperluan kursus itu bagi pasangan bukan Islam.Begitu juga pada 2001 bila Jakim cadangkan ujian HIV terhadap bakal yang berkahwin, ketika itu jabatan ini dihentam kiri kanan, tetapi kini ada cadangan daripada yang bukan Islam ke arah melakukan usaha yang sama."Jadi siapa yang mundur dalam pemikiran mereka dan siapa pula yang maju. Ini antara contohnya. Jadi pada saya kita kena elak kecenderungan meremehkan perkara yang orang lain buat dan lebih baik fokus kepada perkara baik lain untuk umat Islam yang boleh kita sumbangkan."Dalam masa yang sama mereka yang menjalankan tanggungjawab juga harus stabil dari segi emosi, tidak boleh hilang fokus dan terganggu dengan kritikan, sama ada disokong, disukai atau pun tidak, dicela dan sebagainya."Ini juga laluan hidup Rasulullah s.a w. yang tidak terkesan dengan celaan si pencela dan tidak mudah hilang pertimbangan dengan puji-pujian", katanya.Bila pendapat pengkritik ini mendapat tempat di media dan seolah diterima masyarakat, tidakkah wajar badan agama berwibawa seperti Jakim tampil membela diri?Wan Mohamad berkata: "Kadang-kadang kita tak perlu bela diri pun. Sebab kita tidak boleh meletakkan diri kita dalam kandang orang bersalah. Yang keduanya, untuk melayan sesuatu itu, kita perlu lihat juga kredibiliti orang yang bercakap."Saya kalau jumpa bomoh jalanan bagi (memberikan) sesuatu petua, berbanding seorang doktor yang tidak semestinya seorang pakar, mungkin seorang general practitioner sahaja, tentulah saya memberi penghormatan kepada pandangan seorang doktor, sebab itu bidang dia".Beliau berkata, perkara yang sama ialah jika yang memberi komen itu agensi agama seperti Jakim dan orang yang berwibawa, tentulah masyarakat perlu bersikap terbuka terhadap mereka kerana mereka ini tidak akan bercakap sembarangan.KEGEMILANGAN ISLAMWan Mohamad ketika merumuskan tanggungjawab umat Islam Malaysia dalam usaha menjana kegemilangan ummah, berkata, umat Islam bertanggungjawab untuk menilai dan mengakui bahawa sebenarnya orang bukan Islam yang selama ini menjadi jiran mereka, belum mendapat peluang yang mencukupi untuk mengenali agama Islam."Sebab tugas dakwah ini dibiar dan diserah kepada kelompok yang dipanggil kelompok agama sedangkan setiap orang Islam bertanggungjawab untuk memperkenal keindahan Islam kepada rakannya yang bukan Islam."Selain itu, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam perlu melihat Islam bukan hanya dalam konteks Malaysia. Islam bukan dilahirkan di Malaysia dan tidak ada seorang pun nabi dan rasul dari kalangan Melayu. Islam bukan milik orang Melayu Malaysia atau rumpun Melayu Asia Tenggara", katanya.Beliau berkata umat Islam jika digabungkan di tanah besar China dengan benua Indo Pakistan, adalah lebih ramai penganutnya daripada umat Islam berbangsa Arab dan kini penganut bukan Kristian yang terbesar di Eropah ialah Islam."Jadi memang tepatlah Islam membawa rahmat kepada seluruh alam untuk semua bangsa di dunia", kata Wan Mohamad.PENGISIAN SAMBUTANMenyentuh pengisian sambutan Maal Hijrah 1430, beliau berkata, tradisi yang ada masih diterus iaitu mengadakan forum khas menjelang tahun baru (hijriah) di Masjid Negara, berkumpul di masjid menyambut malam pertama tahun baru dan perhimpunan pada siangnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.Mungkin secara kebetulan juga dua sambutan dalam setahun ini membawa kelainan dalam penganugerahan Tokoh Maal Hijrah 1430 dengan memberikannya kepada dua tokoh - tempatan dan antarabangsa -- yang akan diumumkan pada majlis perhimpunan nanti.Sambutan di negeri-negeri juga akan diadakan seperti biasa dan agensi seperti Jakim membantu pihak lain yang menganjurkannya.-- BERNAMA

12/24/2008

Happy New Year 2009





Sekejap ajer masa berlalu n Year 2008 just around the corner......kalaulah boleh undur masa dan tahun ni nak ajer kebelakangkan angka 2008 tu kan....apapun tahun baru ni ada jugak yang mencipta resolusi baru...but for me sama jelah kot kekekkekek juz nak kurangkan habit shopping mopping ni uwaaaaaaaa....nak amik langkah berjimat cermat gitu bole kerrr? ahaksssssss...pada sumer nak wish here HAPPY NEW YEAR 2008 to all of u!!!

Goodbye 2008





Goodbye 2008.....lagi beberapa hari jer nak tinggalkan tahun 2008 dan bila dah nak akhir2 tahun ni banyak pulak cutikan....huhuhuhuhu apapun tahun 2008 so many memories to be remembered n not to forget cehhh....banyak lagi wishlist yang masih tak tercapai lagik...apapun semoga my family members,myself and my friends sihat selalu, dimurahkan rezeki dan berada di bawah lindungan Allah s.w.t...ada jugak berita sedih yg diterima tapiiiiiiiii kata orang tu mencuba selagi terdayakan....klu ada luck tu Insyallah tak ke mana...dan I selalu berharap menjadi orang yang happy selalu...yeahhhh!!!

12/23/2008

ABC paling best!!!

Terliur plak tengok ABC ni

Nyum nyum nyum

Sedap tiada bandingannya


ABC stand for what?? Air Batu Campur....hehehhehehe i paling faberet if balik JB mesti nak pekena ABC kat Kg Melayu..nilah ABC paling best yang pernah i jumper kat Msia hehehehehe...kat KL sumer mcm hampehhh mahal boleh harap gitu! memang best kalau uols pegi JB pegilah pekena ABC kat sini....kat Medan Selera tulah...sure uols nak makan lagik...ramai orang beratur membeli ABC ni....satu RM2.50 ajerrr...murahkan dan yang penting SEDAP occay...nak makan kat situ boleh nak bungkus pun boleh...sampaikan ada my opismate pregnant tanya i kat mana ABC sedap? I jawablah ABC kat sinilah....hahahah JB mana lah my opismate nak remfit ker dari Putrajaya ke JB kekekekekek...sian ko Shasha klu bole bungkus dan tak cair ABC tu lama dah akak bwk balik bungkus kan ko 5 lagi tawwwww...hehehehhe

My sis in Vietnam

Bergambo dengan taxi kat sana...VIOS occay

The red team from Johore

Badminton games

Giler beli silk murah tuuuu

Ni OKU agaknya

My sis n friends

Kalah pun takpe janji gi jauh kan

Dinner time


Ni entry lama masa my sis gi Vietnam...ada sports carnival kat sana occay?bole gituuuu smpi ke Ho Chi Min City lagi my sis pergi sports carnival kan?jeles occayyyyy hehhehehehe memang bestlah tgk gambo2 yang disnap ni memandangkan dia pinjam my camera so memanglah ada dlm my pc ni so nilah time nak masukkan pic2 dorang dlm my blog hehehehhe saje nak tunjuk kan kan kan.....ntahlah I tak sure my sis ni main apa masa carnival ni but yg pasti dorang punya sports memang akan buat jauh2 yerrrrrrrrr...........uwaaaaaaaaaaaaaa

Kenangan di Langkawi

Sailing time

Belakang tu Awana Porto Malai

Bersama Dato n my officemate, Amy

Saje nak nyibuk gak

Nice scenery

Kat Makam Mahsuri ni

Teratai layu di tasik madu

Di Tanjung Rhu

Cable cars

Tempat bikin filem Puaka Tebing Biru

Jeti utk ke Pulau

Tahun 2007 dan 2008 I pegi Langkawi, satu utk jalan-jalan shopping n satu lagi pegi course hmmmm apa lagikan klu pegi bershopping di Langkawi yang pasti dirembat ialah coklat n pinggang mangkuk, sudu garpu, periuk belanga, kuali etc etc....hehehhe yg tahun 2007 pegi ngan office trip tu memang shopping sakan ler coz naik bas heheheh but yg 2008 tu I pegi course kat Awana Porto Malai naik flight so takdelah shopping apa beli mana yang patut jelah heheheh yang pastinya enjoy bersama my cliques n course yang best bersama Dato Dr. Hj Fadzilah Kamsah gitewwww.....

12/22/2008

Owl again

Siap suruh posing atas TV

Muker boring Owl

Nilahhhhh kucing kesayangan my mum...OWL...tido pun siap mimpi kucing ni kekkekeke aduiii letih I...tapi memang pun sumer orang kat rumah sayang ngan OWL ni ni i snap masa cuti raya haji aritu siap suruh OWL posing atas TV tu kekekeek pandai plakkan dia posing...kata my niece kat rumah tu sekarang dia tgh musim mengawan lerrrr kekekkeke so mungkin akan dpt baby ler kot OWL ni hehehhehe


What I ate yesterday?

Cereals + low fat milk

Pisang yang dibeli di Chow Kita

Mak I terlupa nak bawak balik hehehhe


Makan apa?Makan kat mana?weekend yang boringggg coz my family dah balik JB on Saturday...so takdelah masakan yang best2 utk dimakan kekekekkek..tak tau nak masak apa so makan ler cereals sepanjang hari dengan pisang hehehhe kenyang gak...bila lapo balik I pulun roti yang ada heheheh...then boring ajer duk kat umah gi merayap kejap ke JJ Equine...nothing much interesting tapi adalah terembat lipstick, seluar n lipliner...terbang jugaklah RM kan....so smlm mcm berdiet jugaklah gitu kekekekkeke

12/19/2008

Rempah Soto

3 bungkus utk Aida
Rempah Soto Batu Pahat

Siap ada resepi kat belakang ni

Tadaaa.....bole call pengusaha rempah ni

Ni nak cite pasal rempah soto.....memang sedap coz dari Batu Pahat...klu mak I masak soto ke sup ke memang guna rempah ni sure marvellous punya hehehhe...sebungkus murah ajer...dulu I bwk sekotak ker opis ramai yang membelinya dan rata2 my officemate kata memang best so trylah korang carik kat mana2 ada jual ler kot hehehhe...yang ni I nak pi pos kat my fren di Dublin tu Aida....hehehhe so Aida nanti klu dah tiba kat UK rempah ni jangan lupa masak occay...hehehhhe sure Aida akan nak lagi rempah ni tapiiiiiiiiiiiiiiiii camne kan kalo dah abis???? hehhehehe

12/17/2008

Bling Bling







Haaaaaaaa my bling bling shop ada dah...........hehehhehe klu korang nak tengok aksesori bolelah pegi kat blog ni Linzscollections macam-macam ada tu sudi-sudilah tengok dan beli ek....kekekkekeke kalau ada yang berkenan cakap occay..........



Hand Gel

Hand gel from Nek

Japanese Cherry Blossom, Cucumber Melon & Wild Honeysuckle

Lotion kat office

Hand gel ni memang best a gift from Nek kat US tu hehehheh TQ nek bagilah lagi ek lain kali...ada macam2 bau....bila letak kat tangan sejuk ajerrrrrrr....then rasalah lembut tangan ni bak sutera kekekkeke....kat opis kan duduk dlm aircond so surelah tangan ni kering ajer so pakai lotion kan bagus....nantilah klu dah banyak collections hand gel bolelah I meniagakan kekekekekekkeek.....



Merayap ke KLCC

Depan hotel
Haida@KLCC

Red n White

Coach boutique

CK

Bookshop

Band

Xmas deco

Giant xmas tree


Since i dah gi tido kat Corus yang katanya 5 minutes ajer dari KLCC so we all pun redahlah gi KLCC tu takde apa pun nak beli saje jer bwk my niece yg tak penah sampai lagikan so we all have dinner kat level 3 tu...ingatkan nak makan kat Chilli's heheheheh tapi very d full house maaaa...takpe nanti gi lah tu coming soon hehheheh....masuk butik Coach adoiii tak tahan mahal gilersss sumer barang situ baik beli kat butik Nek sudeh....lagi murah gituss juz amik gambo jer depan butik tu kekekekekke...takde apalah yang menarik di hati aku kat KLCC tu